Powered By Blogger

Monday 1 August 2011

hantu blackout

Pada hari Khamis lapan minggu lepas. ini bukan cerita pasai aku tapi ini cerita pasai kawan aku kat rumah sewa.
Masa tu dia baru balik rumah. Bila sampai ja kat depan pintu pagar dia tengok pintu pagar berkunci. Jadi dia pun panjat la pagar tu.

Masuk kat rumah dia jumpa Rizal housemate dia. Dia baru letak beg kat tepi pintu tiba-tiba blackout. Depa dua orang pun terkejut. Dia ada lighter pastu dia nyalakan. Rizal ikut dia ambil lilin kat bilik air. Bila dia ambil lilin pastu dia cari Rizal sebab tetiba je hilang.

Dia pun dengar macam ada orang naik tangga kat sebelah bilik air tu. Dia memberanikan diri pergi check what's going on . bila dia dongak kat atas dia nampak lembaga putih dengan rambut panjang sampi ke lutut tengah berdiri tegak sambil renung dia. Dia pun apa lagi cabutla dari situ.

lepas dia keluar dari rumah dia terpaksa panjat pagar. Jantung dia rasa macam nak tercabut. Kemudian dia nampak lembaga tadi sedang memerhati dia di tingkap rumah.

No comments:

Post a Comment